Elon Musk beli Twitter AS$44 bilion

0
2

JUTAWAN yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc, Elon Musk mencapai rundingan untuk membeli Twitter Inc dengan bayaran tunai sebanyak AS$44 bilion (RM191.44 bilion), sekali gus bakal menyaksikan pertukaran pemilikan platfrom media sosial itu.

Twitter secara rasmi hari ini mengumumkan bahawa pihaknya menerima tawaran Musk untuk membeli laman sosial berkenaan.

Memetik portal m.gsmarena.com, minggu lalu Musk mengumumkan bidaannya untuk memperoleh sepenuhnya Twitter dan mengeluarkannya dari pasaran saham.

“Justeru, ini bermakna Twitter kini telah ‘memeterai perjanjian muktamad’ untuk diambil alih oleh entiti yang dimiliki sepenuhnya oleh Elon Musk”, menurut kenyataan akhbar syarikat itu.

Harga Twitter adalah AS$54.2 sesaham dalam bentuk tunai. Oleh itu, jumlah nilai transaksi adalah kira-kira A$44 bilion.

BACA LAGI: Akibat provokasi, Mike Tyson tumbuk ‘peminat’ dalam pesawat

Musk berkata, kebebasan bersuara adalah asas kepada demokrasi yang berfungsi, dan Twitter ialah platform digital di mana perkara-perkara penting untuk masa depan manusia dibahaskan.

“Saya juga mahu menjadikan Twitter lebih baik daripada sebelumnya dengan meningkatkan produk dengan ciri baharu.

“Selain, menjadikan algoritma sumber terbuka untuk meningkatkan kepercayaan, mengutamakan ciapan tertentu harus berupaya diakses oleh orang ramai, selain menyelar peruntukan kuasa berlebihan terhadap syarikat yang melanggan perkhidmatan pengiklanan.

“Twitter mempunyai potensi yang sangat besar – saya berharap dapat bekerjasama dengan syarikat dan komuniti pengguna untuk membuka kuncinya,” katanya. – Malaysiapost

Kredit Foto: Twitter @ScottMitt99

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here