Ebit sebak dengar luahan ‘anak punk’ di Jakarta

0
1

SIAPA sangka disebalik tatu, terpalit kesedihan yang dilalui oleh golongan punk yang hidup di jalanan di Jakarta, Indonesia.

Perkara itu dikongsikan pendakwah bebas, Ebit Lew menerusi Facebooknya, menjelaskan beliau juga turut menangis apabila mendengar kisah hidup mereka terutamanya melibatkan ibu bapa.

Justeru, Ebit berkata, sempena bulan Ramadan ini dan Aidilfitri yang bakal tiba tak lama lagi, dia mengajak mereka semua berbuka puasa serta membelikan baju raya.

Selain itu, beliau juga menyewa sembilan bilik hotel dengan berkesempatan melakukan solat jemaah dan memberikan tazkirah kepada mereka.

“Menangis bersama anak Punk jalanan di Jakarta. Lembut hati dan sopan anak-anak muda ini. Hensem dan cantik semuanya. Tak tahu bila lihat anak ini di jalanan dan melalui hidup ujian mereka. Di sebalik tatu mereka ada kisah air mata.

“Belanja anak Punk buka puasa kemudian ‘shoping’ baju Hari Raya. Kemudian ajak ‘check in’ hotel semuanya. Sembilan bilik untuk mereka. Kami solat dan tazkirah bersama,” tulisnya.

BACA LAGI: Tak patut seorang wanita tidur di tepi jalan – Ebit

Ebit berkata, walaupun badan golongan punk dipenuhi tatu, dan beranggapan mereka bersifat ganas, kuat dan ‘brutal’ tetapi hati mereka ini sangatlah lembut dan mudah tersentuh.

Katanya, kebanyakan mereka ini kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa dan selepas mendengar tazkirah, terbuka hati golongan itu untuk berhijrah.

“Lembut sangat hati anak-anak ini. Ramai yang menangis walau lain bunyi bahasa saya dengan mereka. Ada bila ditanya kenapa menangis. Kami dah lama tak rasa begini. Terima kasih ustaz melayan kami dan berkongsi begini dengan kami.

“Rindu rasanya teramat pada ibu ayah. Dengar kisah ada yang ibu bapa bercerai semenjak kecil. Ada yang tidak pernah jumpa ibubapa. Ada yang semenjak 10 tahun dijalanan. Ada yang kehilangan ibu. Ayahnya tidak mahu berjumpa lagi. Ada yang ibu tak nak jumpa lagi kerana sudah ada suami lain. Tak nak orang tahu itu anaknya. Siapa sangka kan disebalik wajah garang mereka ini ialah ujian hidup.

“Sebak sedih masa solat. Senang je semua menangis. Dengan saya tak tahan menangis. Mereka semua nak solat dan nak hijrah,” katanya.

Dengan itu, Ebit berkata, beliau segera mengaturkan sebahagian anak-anak punk itu untuk menghayati Islam lebih mendalam dengan keluar ke jalan Allah melalui tabligh.

“Saya aturkan supaya sebahagian mereka dapat keluar Tabligh. Berada di jalan Allah. Semoga anak muda yang baik ini semua dijaga Allah. Berjuta rahmat yang kau beri buat mereka berilah sedikit buat diriku.

“Terima kasih adik-adik yang membuat hati ini tersentak dan supaya lebih bersyukur. Ya Allah jika ada kebaikan untuk semua ini kami hadiahkan buat mak ayah kami semua,” katanya. – Malaysiapost

Kunjungi bahagian Resam Hidup untuk baca cerita yang terkini dan menarik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here