SEBANYAK lapan kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan setakat semalam.
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 35,507 sejak virus tersebut melanda negara.
Berdasarkan data portal COVIDNOW, dua daripada lapan kes kematian direkodkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Selain itu, seramai 66,014 individu atau 97.1 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 86 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sementara itu, terdapat 1,809 kes dirawat di hospital dan 98 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 63 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

