Sultan Ibrahim mahu Johor pro-aktif dam pembangunan kenderaan elektrik

0
1

MENTERI Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong bersetuju dengan aspirasi Sultan Ibrahim Iskandar agar Johor mengambil tindakan pro-aktif dalam pembangunan kenderaan elektrik (EV).

Ka Siong berkata, perkara itu dinyatakan Sultan Johor ketika beliau menghadap baginda di Istana Danga Johor Bahru, semalam.

Menurutnya, Sultan Ibrahim memberi input dan pandangan tentang pembangunan EV di Malaysia.

Pada masa sama katanya, beliau juga sembah maklum kepada Tuanku tentang halatuju dan penggubalan dasar bagi menyokong pembangunan EV di Malaysia.

“Saya bersetuju dengan aspirasi Tuanku agar Johor boleh mengambil tindakan pro-aktif untuk membangunkan eko-sistem EV.

“Ia merangkumi aspek stesen pengecaj (charging station), pembangunan teknologi bateri, aktiviti R&D bagi EV dan lain-lain sektor sokongan yang berkaitan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Ka Siong berkata, beliau juga sempat sembah maklum kepada Tuanku tentang status terkini Projek RTS Link, pelaksanaan program transformasi bas berhenti-henti (SBST) Johor Bahru dan beberapa lagi projek pembangunan infrastruktur sektor maritim dan rel. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here