Jawatankuasa penyelaras perkukuh kerjasama kerajaan negeri dan Umno Johor

0
1

UMNO Johor menubuhkan satu jawatankuasa penyelaras hubungan kerajaan dengan parti.

Pengerusi Perhubungannya, Datuk Hasni Mohamad berkata, jawatankuasa berkenaan bakal dianggotai empat ahli Umno Johor dan empat ahli daripada kerajaan negeri.

“Kerjasama antara parti dan kerajaan akan kekal dimantapkan. Parti akan sentiasa menyokong penuh kepimpinan kerajaan negeri menerusi cadangan, kritikan dan syor yang munasabah untuk pertimbangan Menteri Besar, di samping inisiatif sedia ada kerajaan negeri.

“Jawatankuasa ini akan memberi syor dasar. Kita akan bersama-sama ikhtiarkan, bahawa yang terbaik, hanya dengan Barisan Nasional,” katanya di Facebook, hari ini.

Beliau berkata penubuhan jawatankuasa itu dipersetujui dalam mesyuarat Badan Perhubungan Umno Johor semalam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here