709 bekas pekerja Perwaja Steel terima pampasan RM8.645 juta

0
2

SEMUA 709 bekas pekerja Perwaja Steel Sdn Bhd di Kemaman yang ditamatkan perkhidmatan susulan penamatan operasi syarikat itu pada November 2014, akan mendapat pampasan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata setelah lebih tujuh tahun kes mereka dibicarakan di mahkamah, akhirnya ia diselesaikan dengan pemberian pampasan secara keseluruhan sebanyak RM8.645 juta.

“Penerima pampasan akan menerima cek berjumlah di antara RM3,000 hingga RM21,000,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Perdana Menteri hari ini berada di Kemaman bagi menyampaikan pampasan kepada bekas pekerja Perwaja Steel Sdn Bhd.

Pada November 2014, ratusan bekas pekerja Perwaja Steel Sdn Bhd diberhentikan apabila syarikat pengeluar besi itu memutuskan untuk menamatkan operasinya.

Susulan itu mereka membawa perkara tersebut ke mahkamah bagi mendapatkan pampasan serta hak mereka dengan sewajarnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here