PRESIDEN Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sedang menunaikan umrah, mendapat layanan istimewa daripada kerajaan Arab Saudi.
Berkongsi mengenainya, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata kerajaan Arab Saudi cukup menghormati Ahmad Zahid sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri.
Ini menurutnya dengan menyediakan laluan protokol khas kerajaan untuk ke Raudhah dan Makam Nabi Muhammad SAW.
Asyraf Wajdi turut berkongsi gambar beliau bersama Ahmad Zahid dapat menziarahi Makam Nabi Muhammad SAW dan bermunajat di Raudhah selepas Terawih semalam.
“Saya sempat mendoakan kesejahteraan semua dan keselamatan buat Malaysia.
“Juga menyampaikan salam buat Junjungan dan doa sebagaimana yang menyampaikan hajat dalam komen-komen dan mesej-mesej peribadi kepada saya. Moga Allah makbulkan hajat semua insyaAllah,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya. – Malaysiapost

