Kedah waspada kebangkitan Sabah di Likas

0
1
Kedah FC

KEDAH Darul Aman FC mengambil sikap berwaspada dalam usaha meneruskan rentak kemenangan apabila turun berdepan Sabah FC pada saingan Liga Super di Stadium Likas, malam esok.

Pengendalinya, Aidil Sharin Sahak berkata beliau sedar akan tentangan sengit yang bakal ditempuhi skuadnya apabila berdepan anak buah Datuk Ong Kim Swee yang pastinya mahu bangkit selepas dikecewakan KL City FC sebelum ini.

“Misi kali ini tetap sukar kerana Sabah sudah pasti mahu bangkit dari kekecewaan selepas tewas kepada KL City pada perlawanan lalu. Selain itu Sabah juga memilki ramai pemain berpengalaman termasuk ketua pasukannya, Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali yang pastinya kami tidak akan diberi laluan mudah sepanjang perlawanan.

“Ini sudah pasti memberi cabaran yang cukup sengit buat kami di tempat lawan selepas beraksi menentang Penang FC minggu lalu dimana kami juga tidak diberi laluan mudah sepanjang tempoh perlawanan,” katanya memetik Berita Harian.

Aidil juga berkata disebalik cabaran yang bakal dihadapi, beliau mahu semua pemain terus fokus dan menjalin kombinasi dengan sebaik mungkin bagi memastikan momentum kemenangan perolehi sebelum ini dapat dikekalkan.

“Pengalaman berdepan Sabah FC ketika aksi persahabatan di Stadium Likas pada kejohanan Piala Sabah Maju Jaya (PSMJ) Februari lalu menjadi sedikit panduan buat pemain. Diharapkan pengalaman ini dapat membantu mereka meningkatkan lagi tahap keyakinan diri ketika beraksi,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here