Subsidi kerjakan haji masih diteruskan

0
1

LEMBAGA Tabung Haji (TH) akan tetap meneruskan bantuan pembayaran haji kepada bakal jemaah pada tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.

“Sebagai pengumuman awal, bantuan pembayaran Haji tetap akan diteruskan oleh pihak TH bagi bakal jemaah Haji pada tahun,” katanya menerusi siaran langsung di Facebook

Dalam pada itu, Idris memaklumkan, ketetapan bayaran baharu jemaah haji dijangka diumumkan pengurusan TH, esok.

“Jika tiada aral melintang, insya-Allah pengurusan TH akan mengumumkan ketetapan bayaran baharu jemaah haji esok, pada waktu yang akan diumumkan kelak,” katanya.

Baru-baru ini Idris dilaporkan berkata, pemberian subsidi kepada jemaah haji akan diteruskan walaupun kos menunaikan rukun Islam kelima itu dijangka meningkat lebih RM25,000 tahun ini.

BACA LAGI: 14,306 kuota jemaah haji Malaysia tahun ini

Beliau memaklumkan perbincangan lanjut akan dilakukan bersama TH sebelum kos bayaran yang akan ditanggung jemaah ditentukan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here