Polis Marin Perak rampas 27 guni benih kerang

0
1

UNIT Risikan Marin (URM) Pasukan Polis Marin (PPM) Perak berjaya rampas 27 guni benih kerang di Kuala Sepetang, kelmarin.

PPM Wilayah Satu dalam satu kenyataan di laman Facebook, memaklumkan rampasan itu di buat kira-kira jam 6 petang, semasa menjalankan rondaan Op Landai di kawasan Kuala Sepetang.

“Pemeriksaan dijalankan ke atas sebuah lori yang dipandu oleh warga tempatan.

“Hasil pemeriksaan telah menjumpai 27 guni benih kerang yang dipercayai bertujuan untuk di seludup ke negara ketiga,” menurut kenyataan itu.

Menurut PPM Wilayah Satu, turut di rampas adalah sebuah lori, tong ikan dan benih kerang dengan anggaran nilai rampasan adalah sebanyak RM77,390.

BACA LAGI: Bot nelayan langgar syarat sah lesen ditahan Maritim Malaysia

“Kes disiasat mengikut Perkara 3 (1) Peraturan Perikanan (Pemuliharaan dan Kultur Kerang) 2002,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here