YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat menyempurnakan program memasak bubur lambuk di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang hari ini.
Istana Negara menerusi Facebook memaklumkan, program tersebut diadakan di perkarangan Istana Abdulaziz bermula pada jam 10 pagi dan turut melibatkan kakitangan istana.
Menurutnya, sebanyak 2,000 bungkusan bubur lambuk sentuhan air tangan Seri Paduka Baginda berdua akan diagihkan kepada Penjara Penor dan pengunjung yang datang berbuka puasa di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) petang ini.
“Seri Paduka Baginda berdua dijadual berangkat untuk berbuka puasa bersama rakyat di Padang MPK hari ini,” menurut Istana Negara. – Malaysiapost
Kunjungi bahagian Resam Hidup untuk baca cerita yang terkini dan menarik



