Saya tak faham kenapa Ku Nan takut dengan saya – Tun Faisal

0
1
Tun Faisal Ismail Aziz

KRISIS antara dua pemimpin utama Umno Putrajaya terus berkembang apabila kali ini Datuk Tun Faisal Ismail Aziz membidas ketuanya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai pengecut.

Tun Faisal yang merupakan bekas Timbalan Ketua Umno Putrajaya tampil membidas dakwaan kononnya Tengku Adnan tidak pernah membawa agenda memecat dirinya ke dalam mesyuarat Umno Putrajaya.

“Saudara Hishamudin boleh buat sumpah muhabalah jika perkara ni tak benar. Saya nak dengar dia bersumpah mengatakan Ku Nan tidak membincangkan hal untuk memecat saya dalam mesyuarat bahagian.

“Seperti saya nyatakan sebelum ni, saya tak faham kenapa Ku Nan takut sangat dengan saya? Hanya orang yang takut sahaja yang menggunakan pihak lain untuk menggantung dan memecat orang lain,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Datuk Mohd Hishamudin Yahaya dalam kenyataan tengahari tadi berkata, Umno Bahagian Putrajaya tidak tertumpu kepada isu penggantungan bekas Tun Faisal semata-mata.

Sebaliknya, Ketua Penerangan Umno Bahagian Putrajaya itu menjelaskan, mesyuarat berkenaan lebih banyak membincangkan perkara demi kesejahteraan penduduk dan kakitangan awam di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu.

Mengulas lanjut, Tun Faisal mendakwa Tengku Adnan telah menunjuk sikapnya yang panik kerana mendakwa lebih tahu status kes dihadapinya daripada dirinya sendiri.

“Siapa yang panik sebenarnya? Saya atau Ku Nan? Saya tak tahu pun lagi apa keputusan JK Rayuan Lembaga Disiplin.

“Yang tahu mengenai keputusan ini adalah Ku Nan. Yang memaklumkan jawatankuasa bahagian dan membincangkan hal keputusan JK Rayuan ini sebagai salah satu topik dalam mesyuarat bahagian adalah Ku Nan.

“Yang membuat keputusan supaya Umno Bahagian mencadangkan agar saya dipecat juga Ku Nan. Bukan saya,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Umno Putrajaya tidak berpuas hati dengan keputusan Jawatankuasa Rayuan Lembaga Disiplin parti itu dan mahu mengambil langkah susulan bagi memastikan beliau dipecat.

Tun Faisal yang digantung keahliannya itu mendakwa Tengku Adnan kurang senang dengan keputusan lembaga disiplin.

Beliau mendakwa menerima maklumat daripada mereka yang hadir dalam mesyuarat berkenaan bahawa Tengku Adnan tidak berpuas hati dengan keputusan Jawatankuasa Rayuan Lembaga Disiplin.

Mohd Hisamudin menegaskan, adalah lebih baik memberi tumpuan dalam membantu rakyat yang kini terkesan dengan pandemik Covid-19.

“Lebih baik parti menambah baik program untuk membantu penduduk menghadapi kehidupan yang lebih mencabar ketika dilanda wabak Covid-19,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here