PELAKON, Fezrul Khan ‘panas hati’ dengan sikap tidak bertanggungjawab seorang pelakon baharu apabila bertindak membatalkan penggambaran pada saat akhir.
Fezrul menerusi Facebook miliknya berkata, ini masuk kali ketiga, pelakon itu melakukan tindakan sedemikan dan ia dianggap tidak menghormati jadual pelakon lain dan menyusahkan mereka.
“Orang lain pon banyak jugak job offer, tapi tak adalah la tamak macam kau, semua job kau amik smpai menyusahkan semua artis, kau dah tau ada scene harini last minit kau tak boleh datang shoot, apa lagi alasan kau nak bagi? Ni da masuk tiga kali kau buat mcm ni,” katanya.
Sehubungan itu, beliau turut mengingatkan pelakon tersebut untuk menghormati rakan artis senior dan berdisiplin jika ingin pergi lagi jauh dalam industri ini.
“Pernah dengar tak pepatah aku, orang tamak selalu… Tolong hormat orang lama kat sini, kau BBNU lagi, lakonan kau pun belum smpai level aku tau,” katanya. – Malaysiapost

