Klip lagu raya: PU Syed tegur Aliff Syukri hormati bulan Ramadan

0
1

PENDAKWAH bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri Syed Ishak menegur tindakan Datuk Seri Aliff Syukri berhubung video lagu raya terbaharunya, yang disifatkan boleh merosakkan agama dan juga adat.

Syed Bakri atau lebih dikenali sebagai PU Syed menerusi video TikToknya berkata, menyanyi tidak salah tetapi tarian serta pakaian individu dalam klip lagu raya berkenaan dilihat tidak sopan dan mendatangkan aib kepada umat Islam.

Justeru, Syed PU menasihati usahawan sensasi itu untuk sedar dan tidak berbuat demikian kerana ia bukan sahaja mendatangkan aib malah kecaman daripada masyarakat.

“Sedikit respon isu video klip lagu daripada seorang ahli perniagaan terkenal dan mempunyai pengaruh yang ramai, saya nak maklumkan khususnya kepada beliau agar menghormati bulan Ramadan Al-Mubarak ini.

“Kalau Tuan nak nyanyikan lagu.. silakan nyanyi. Tapi bila mana menampilkan dan menghadirkan penari-penari yang MasyaAllah Tabarakallah… sangat tidak sesuai dengan gayanya, pemakaiannya merosakkan dari sudut agama dan adat kita, pakai songkok tapi hanya singlet di badan. Ini sesuatu perkara yang mengaibkan kita Umat Islam.

“Jadi, jangan buat satu benda yang mendatangkan kecaman masyarakat kepada kita. Adakah kita suka orang kecam kita. Jadi satu masalah yang besar kepada kita bila mana kita suka isu dan orang kecam kita adakah kita semakin kena kecam, kita semakin popular atau kaya, adakah itu berada di pemikiran kita sekarang,” katanya.

Tambah PU Syed, dalam Islam perlu ada sifat malu kerana ia disarankan Rasulullah SAW untuk menggelakkan diri seseorang itu melakukan perkara yang tidak sepatutnya dan boleh mendatangkan fitnah kepadanya.

“Sekarang ini pelbagai ‘content’ orang sebagai untuk melihat bahawa dia diminati atau dikenali masyarakat. Untuk maklumkan semua, Rasulullah SAW menyatakan jika kamu tidak memiliki satu sifat malu atau ada sifat malu maka kamu akan lakukan apa yang kamu nak.

“Jadi Rasulullah SAW dah pesan kepada kita jaga kehormatan, kena ada sifat malu supaya kita mendapat redha Allah SWT dan dijauhi fitnah akhir zaman. Insya-Allah,” katanya.

Terdahulu, Aliff menerusi Instagramnya memaklumkan, lagu raya terbarunya bertajuk ‘Kelepuk Raya’ dijangka akan di tayangkan dalam masa terdekat.

Beliau juga berkongsikan sedikit ‘teaser’ lagunya di bahagian korus dengan memaparkan dirinya yang sedang menyanyi dan diikuti penari-penari di sekelilingnya.

Yang menjadi perhatian netizen adalah pemakaian penari yang memakai songkok dan memakai singlet sambil berjoget dengan agak agresif di sebelahmya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here