6,623 kes Covid-19 baharu semalam

0
1

JUMLAH kes baharu harian Covid-19 di Malaysia yang dilaporkan semalam adalah sebanyak 6,623 kes menjadikan 4,389,025 kes kumulatif sejak wabak berkenaan melanda negara.

Kes kematian baharu akibat Covid-19 pula adalah sebanyak 12 kes yang direkodkan semalam termasuk lapan diklasifikasikan sebagai kematian luar hospital (BID).

Jumlah itu menjadikan kes kematian keseluruhan kini adalah sebanyak 35,421 kes termasuk 7,492 kes BID.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan semalam, 13 kes adalah kes import membabitkan 11 warganegara dan dua bukan warganegara.

“Kes tempatan sebanyak 6,610 kes membabitkan 6,351 warganegara dan 259 bukan warganegara.

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah 126 kes dengan 66 kes disahkan Covid-19; 60 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

“Kes yang memerlukan bantuan pernafasan adalah 76 kes membabitkan 43 kes disahkan Covid-19; 33 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, daripada 6,623 kes harian yang dilaporkan semalam, Kategori 1 membabitkan 2,768 kes; Kategori 2 sebanyak 3,813 kes; Kategori 3 pula 15 kes; manakala Kategori 4 sebanyak lapan 8 kes; dan Kategori 5 adalah 19 kes.

“Daripada 42 kes Covid-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan, 11 kes tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi dan 14 kes telah menerima dua dos vaksin tetapi belum menerima dos penggalak;

“Sebanyak 17 kes telah menerima dos penggalak; 25 kes berumur 60 tahun dan ke atas; dan 23 kes lagi mempunyai komorbid,” katanya.

Beliau berkata, kes sembuh yang direkodkan semalam adalah 11,233 kes menjadikan 4,249,704 kes kumulatif yang sembuh.

“Jumlah kluster Covid-19 di Malaysia setakat ini adalah 6,990 kluster dengan enam kluster baharu direkodkan semalam, manakala 6,870 kluster telah tamat dan 120 kluster masih aktif,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here