Karikatur monyet: Fahmi Reza dibebaskan

0
2

PEREKA grafik dan aktivis, Fahmi Reza dibebaskan hari ini selepas ditahan polis susulan satira monyet berpakaian ala pakaian seragam diraja yang dimuat naik menerusi beberapa platform media sosial miliknya, kelmarin.

Fahmi memaklumkan dia dibebaskan dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menerusi hantaran di Facebooknya sebentar tadi, serta turut memberi ’empat bintang’ terhadap layanan yang diumpamakan seperti ‘hotel’.

“Aku dah ‘check out’ dari Hotel Dang Wangi! Pakej penginapan 2 hari 1 malam ‘courtesy of Mojo Jojo! Great location, perfect vibes, and amazing hospitality!’

“Makan sedap, siap dapat percuma sahur & iftar yang dihantar ke bilik aku. ‘Would love to return in the future!’ aku bagi empat bintang.” katanya.

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menahan Fahmi untuk membantu siasatan berhubung satira monyet berpakaian ala pakaian seragam diraja yang dimuat naik menerusi beberapa platform media sosial miliknya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya mengesan satira tersebut dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Fahmi Reza pada Rabu.

Hantaran tersebut telah mendapat sekitar 12,000 respon, 3,400 komen dan dikongsi 966 kali sejak dimuat naik dan telah mengundang kemarahan warganet yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai keterlaluan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here