Status MoU: Tunggu selepas 31 Julai – PM

0
1

SAMA ada memorandum persefahaman (MoU) politik antara kerajaan dan pembangkang diteruskan atau tidak, bakal terjawab selepas berakhirnya Julai nanti.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berkata setakat ini, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno telah memutuskan untuk tidak menyambung MoU berkenaan yang tamat pada 31 Julai depan.

“Keputusan dah buat iaitu sampai 31 Julai, dan setakat semalam MKT menyatakan bahawa tidak perlu sambung MoU itu.

“Jadi itu keputusan setakat ini. Apa-apa pun kita tunggu selepas 31 Julai lah,” katanya kepada media di Kuala Lumpur, hari ini.

Ditanya sama ada kerajaan perlu mengikut keputusan yang dibuat parti atau tidak, Ismail Sabri berkata, ia perlu dipatuhi.

“Sepatutnya keputusan MKT itu biasanya, perlu diikutilah. Julai ini mungkin kalau berlaku apa-apa yang nak memerlukan perubahan apa-apa, saya perlu bawa dalam MKT semula.

“Saya sebagai Naib Presiden Umno, tentu saja tertakluk kepada keputusan yang diputuskan MKT,” katanya.

Semalam, mesyuarat MKT Umno memutuskan tempoh MoU dengan pembangkang yang berakhir 31 Julai ini tidak akan disambung. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here