Sempat masak juadah berbuka untuk asnaf sebelum meninggal dunia

0
1

Nurul Huda Abhar

AKTIVIS kebajikan yang aktif di Kelantan, Ir Meor Shamshir Meor Zulkifli Auni sempat memasak juadah berbuka puasa untuk golongan asnaf sebelum meninggal dunia awal pagi tadi.

Berita sedih pemergian beliau dikongsi menerusi ucapan takziah yang membanjiri laman Facebook miliknya, hari ini.

Semalam Allahyarham sempat memuatnaik hantaran di Facebook yang beliau sedang memasak juadah berbuka untuk asnaf.

Arwah Ir Meor Shamshir Meor Zulkifli Auni.

Rata-rata kenalannya di laman itu menyuarakan rasa tidak percaya dengan perkhabaran tersebut kerana arwah dilihat ceria dalam gambar dan tidak menunjukkan tanda apa-apa sebelum pemergiannya.

“Rumah Asnaf berduka. Allahu,” tulis Lilh Mohamad.

“Air tangan terakhir dari bos semalam. Kehilangan yang betul-betul dirasai. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beramal soleh,” kata Alya Asyiqin.

“Al-Fatihah, kematian yang dicemburui. Pergi di bulan mulia dan didoakan oleh ramai umat. Hebat sungguh arwah,” kata Mohd Hanaffi Othman.

Allahyarham adalah jurutera terkenal di Kelantan dan membuka rumah Kelab Kebajikan Asnaf yang terletak di Taman Sri Bongor, Kota Bharu.

Keprihatinan beliau terhadap golongan asnaf turut mendorongnya menyediakan khidmat nasihat, kaunseling serta kelas pengajian akademik dan Al-Quran kepada anak-anak asnaf secara percuma pada setiap hari Jumaat.

Beliau juga pernah menerima anugerah Tokoh Kebajikan Cakna Asnaf Miskin ketika Hari Kebajikan Negeri Kelantan dua tahun lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here