Keluarga Umno terus kukuh – PM

0
1

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob yang dinamakan calon Perdana Menteri Barisan Nasional (BN) bagi berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), menyifatkan keluarga Umno terus kukuh.

Naib Presiden Umno itu turut berharap agar perjuangan parti itu akan terus dirahmati oleh Allah SWT.

“Keluarga Umno terus kukuh dan bersatu padu dari akar umbi hingga ke pucuk kepemimpinan dalam teras perjuangan agama, bangsa dan negara yang tercinta.

“Semoga Allah SWT merahmati kesatuan dan silaturahim yang terjalin ini dibawah payung rahmat dan keredhaan-Nya,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Dalam hantaran itu, Perdana Menteri turut berkongsi video majlis berbuka puasa anjuran Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno di Pusat Dagangan Dunia di ibu negara, semalam.

Majlis itu turut dihadiri Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta kepemimpinan tertinggi parti.

Dalam majlis iftar itu, turut diundang tetamu istimewa iaitu anak-anak dari rumah anak yatim dan asnaf Kampung Sijangkang, Selangor.

Terdahulu sebelum majlis berlangsung, mesyuarat MKT Umno bersetuju mencalonkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri pada PRU15. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here