Hong Kong miliki ramuan jinak Harimau Malaya

0
1

HONG KONG yakin ramuan terbaik adunan pengendali baharunya mampu menjinakkan Harimau Malaya dalam aksi persahabatan pada 1 Jun depan. 

Pengendalinya, Jorn Andersen berkata, skuadnya bakal menerapkan gaya permainan menyerang pada pertemuan nanti. 

Andersen yang baru dilantik sebagai pengendali Hong Kong Disember lalu, memiliki rekod baik ke atas Malaysia semasa bersama Korea Utara yang mencatat kemenangan 4-1 pada saingan Kumpulan B Kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium I-Mobile, Buriram, Thailand.

“Saya akan cuba membuat sedikit perubahan dan kami boleh bermain dengan gaya menyerang serta bertahan di garisan lebih tinggi.

“Kadang-kadang kami harus menekan pasukan lawan dan jangan membenarkan mereka kuasa kami dengan mudah.

“Itulah perkara diutamakan pada permulaan ini,” katanya dipetik media Hong Kong.

Selain Hong Kong, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan Harimau Malaya akan bertemu Myanmar pada 27 Mei sebagai persiapan menjelang tiga aksi Kumpulan E pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023, bermula 8 hingga 14 Jun 2022.

Perlawanan tersebut menjadi medan terbaik bagi kedua-dua pasukan bagi menyediakan skuad terbaik menghadapi kempen Kelayakan Piala Asia 2023.

Malaysia yang dibimbing jurulatih dari Korea Selatan, Kim Pan Gon bakal berentap dengan Bahrain, Turkmenistan dan Bangladesh dalam Kumpulan E. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here