Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri petang ini

0
1
kl hujan

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa negeri sehingga jam 4 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu akan melanda beberapa kawasan di Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Kedah (Langkawi); Perak (Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak) dan Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang).

“Termasuk Kuala Lumpur, Putrajaya serta Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau) sehingga 4 petang; Khamis, 14 April 2022,” menurut kenyataan itu.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here