Debat dengan Anwar: Saya langsung tak takut – Najib

0
2

DATUK Seri Najib Razak menegaskan beliau sama sekali tidak takut untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu Sapura Enegri Bhd (SEB).

Bekas Perdana Menteri itu menegaskan demikian selepas kem Anwar mempersoalkan keengganan beliau untuk berdebat ketika bulan Ramadan.

Najib berkata, sebelum ini penyelaras debat bagi PKR, Fahmi Fadzil sendiri menyatakan masa paling sesuai debat ialah selepas puasa dari segi aturan masa, slot TV dan demi menghormati bulan Ramadan.

“Yang cabar, korang. Yang sahut, Najib. Yang bersetuju lepas puasa, korang. Yang tuduh kononnya Najib tak berani, korang juga?

“Saya langsung tak takut. Saya beri jaminan saya akan debat Anwar berhubung isu Sapura Energy.

“Ini jaminan saya dan saya akan tunaikan. Sebab saya bukan puak manifesto bukan kitab suci,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Semalam Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil Isham mempersoalkan tindakan Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, yang didakwa ‘pusing cerita’ berkenaan debat tersebut.

Menurutnya, beliau telah bertemu Fahmi pada minggu lalu dan Pengarah Komunikasi PKR itu bersetuju mengadakan debat berkenaan selepas Aidilfitri.

Beliau berkata, bagaimanapun kelmarin Fahmi mengeluarkan kenyataan kepada media bahawa pihak Anwar tidak bersetuju sesi debat itu dilakukan selepas raya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here