Murid perempuan dakwa dipukul guru lelaki

0
1

SEORANG murid perempuan Tahun Empat mendakwa dipukul oleh guru lelaki sebuah sekolah di daerah Bentong, Pahang pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kes berkenaan daripada bapa murid terbabit pada jam 9.59 malam hari kejadian.

Menurutnya, hasil pemeriksaan polis mendapati mangsa dipercayai dipukul oleh seorang guru dan mangsa telah dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan.

“Doktor mengesahkan bahawa mangsa mengalami ‘soft tissue injury’ akibat dipukul di bahagian belakang badan.

“Hasil siasatan awal polis mendapati mangsa dipukul oleh seorang guru menggunakan tangan di bahagian bahagian belakang badan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

“Mana-mana pihak dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan polis masih menjalankan siasatan.

“Sebarang penyaluran maklumat orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here