Tiket bas ekspres naik 10-20% sempena Aidilfitri

0
1
Kelihatan orang ramai membeli tiket ketika tinjauan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) hari ini. Semalam, penjualan tiket meningkat 30 peratus susulan kebenaran merentas negeri bagi individu lengkap vaksin Covid-19 bermula Isnin lepas.

HARGA tiket bas ekspres sempena sambutan Aidilfitri dijangka naik antara 10 hingga 20 peratus.

Kenaikan tersebut berkuat­kua­sa sepanjang tempoh sah laku Lesen Perubahan Sementara (LPS) bermula 29 April hingga 8 Mei ini, dengan kenaikan 10 sen bagi setiap kilometer melebihi kadar semasa.

Presiden Persatuan Pe­ngusaha Bas Seluruh Malaysia, Ashfar Ali berkata kenaikan itu bagi menampung kos buruh serta perjalanan termasuk digunakan untuk perbaharui insurans bas.

“Sebanyak 4,700 bas ekspres akan beroperasi dalam tempoh tersebut dengan anggaran 141,000 penumpang ke destinasi di seluruh negara,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.

Dengan kenaikan itu, sebagai contoh, katanya tiket bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, yang kini berharga RM46.20, akan meningkat RM4 iaitu RM50.20, manakala perjalanan dari TBS ke Larkin, berharga RM35 berbanding RM30 sebelum ini.

Ashfar berkata, tiada perancangan untuk menambah bilangan bas yang beroperasi pada musim perayaan ini kerana bimbang jumlah penumpang lebih tinggi boleh meningkatkan penularan Covid-19.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya menempah tiket dua minggu lebih awal dan tiba di terminal bas 30 minit sebelum perjalanan, sert mematuhi prosedur operasi standard (SOP). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here