Murid cedera van sekolah kemalangan

0
1

SEORANG murid cedera di kepala selepas van sekolah dinaiki dipercayai ketika pulang dari sekolah, terlibat kemalangan di jejambat Lebuhraya Baru Pantai (NPE) berhampiran Angkasapuri di ibu negara hari ini.

Perkembangan itu dikongsi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya.

Menurutnya, van sekolah tersebut dipandu seorang warga PPR Kampung Limau dikenali sebagai Janggut.

“Beliau telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), manakala anak-anak yang beliau bawa dalam van telah dihantar pulang.

“Saya difahamkan salah seorang murid tercedera di kepala. Doakan mereka semua sembuh segera.

“InshaAllah saya akan susuli dengan bantuan buat semua yang terkesan,” katanya.

Terdahulu tular gambar-gambar nahas van sekolah tersebut termasuk seorang kanak-kanak berlumuran darah di kepala dan baju sekolah dipakainya.

Setakat ini tidak dapat dipastikan punca nahas serta jumlah kanak-kanak yang berada dalam van sekolah ketika kejadian. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here