Kes Bella: Saya tidak boleh keluar kenyataan atas dasar perundangan – Ras Adiba

0
1

AHLI Dewan Negara Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi berkata pihak yang membuat kenyataan mendakwa beliau tidak mengambil peduli dan tidak hadir ke mahkamah, berhubung kes penganiayaan dan pengabaian melibatkan seorang remaja sindrom down berusia 13 tahun bernama Bella disifatkan tidak adil.

Jelas Ras Adiba, beliau tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes berkenaan kerana menerima nasihat dari segi perundangan untuk tidak berbuat demikian.

“Saya tidak pasti sama ada mereka yang membuat kenyataan tersebut sedar atau tidak yang terdapatnya langkah-langkah prosedur operasi standard (SOP) yang mengehadkan kehadiran pihak-pihak tidak berkaitan.

“Namun demikian, perlu diketahui bahawa pintu saya sentiasa terbuka kepada semua komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) (dan juga kepada mereka yang aktif memperjuangkan hak-hak OKU).

“Saya di sini berkhidmat demi kepentingan OKU dan akan membawa isu-isu yang akan menambah baik hak OKU,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, individu yang sama itu turut membuat kenyataan tidak benar apabila mendakwa Berita Nasional Malaysia (Bernama) mengawal media agar tidak dilaporkan di media massa.

“Bernama adalah sebuah agensi berita nasional. Kami melaporkan berita sebaik yang boleh. Tetapi kami tidak ada kawalan ke atas media-media yang lain.

“Ini adalah masa yang sukar untuk kesemua yang terlibat, dan kebimbangan saya tentu sekali adalah, bagaimana untuk melindungi anggota masyarakat OKU kita.

“Imej-imej yang kita lihat bagaimana Bella diperlakukan amat menyedihkan dan seperti semua dan komuniti OKU juga, mahukan jawapan dan keadilan ditegakkan.

“Saya percaya kepada proses proses undang-undang Malaysia, dan selagi kes ini masih dibicarakan, saya tidak akan membuat komen secara spesifik berkaitan kes tersebut,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here