Selangor umum Bantuan Khas Kewangan sebulan gaji

0
1
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=491951238956899&set=pb.100044260817730.-2207520000..&type=3

KERAJAAN Selangor hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebulan gaji kepada penjawat awam negeri itu sebagai menghargai komitmen mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata pemberian BKK berjumlah keseluruhan melebihi RM39.15 juta itu akan dibayar pada 27 April, iaitu sebelum sambutan Aidilfitri.

Pengumuman dibuat ketika Rapat Rahmah Ramadan di Dewan Jubli Perak di Shah Alam hari ini, lapor Selangorkini.

BKK tersebut adalah bantuan sebulan gaji dengan minimum RM1,000 kepada semua anggota perkhidmatan kerajaan negeri termasuk kakitangan yang gajinya dibayar kerajaan Persekutuan. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook Amirudin Shari

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here