Lebih 100 syarikat bida Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia

0
1

LEBIH 100 syarikat terlibat dalam pembidaan bekalan peranti bagi program Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia.

Perkara itu dimaklumkan Menteri komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapan di Twitter.

Katanya, proses perolehan secara tender terbuka bagi program itu dilaksanakan agar semua pihak mendapat yang terbaik.

Annuar turut memaklumkan Kementerian kewangan dijangka muktamadkan perolehan tersebut dalam masa dua minggu lagi.

Pakej PerantiSiswa adalah inisiatif kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here