Harith Iskander persoal penutupan kantin sekolah di bulan Ramadan

0
1

PELAWAK dan selebriti terkenal, Harith Iskander, tampil mempertikaikan tindakan segelintir pihak kantin sekolah yang menutup operasinya sepanjang bulan Ramadan.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, Harith yang dinobatkan sebagai ‘Funniest Person in the World’, turut mempersoalkan kewajaran tindakan pihak kantin sekolah untuk berbuat demikian, memandangkan ada antara pelajar yang tidak berpuasa.

Soalnya lagi, dia juga tertanya-tanya sejak bila ‘undang-undang’ menutup operasi kantin sekolah dikuatkuasakan.

“Yang saya nak tahu: bila dan tahun berapa semua ni bertukar sampai sekolah kena paksa undang-undang macam ni?

“Yang menyebabkan budak-budak yang tak puasa rasa ‘takut’ atau ‘serba salah’ berdepan dengan rakan-rakan yang berpuasa.

“Yang puasa pulak malu berdepan dengan kawan-kawan mereka yang tak puasa – sebab mereka tak dibenarkan buat macam biasa. End of the day – what are we teaching our children?,” soalnya.

Dalam hantaran sama, Harith turut memuatnaik tangkap layar mesej yang diterima dipercayai dari sebuah sekolah di Kuala Lumpur memaklumkan mengenai penutupan kantin.

Kandungan mesej tersebut ialah: “Untuk makluman ibu bapa, sepanjang bulan Ramadan, KANTIN DITUTUP/TIDAK MENYEDIAKAN MAKANAN bagi melatih murid-murid agar berpuasa dan juga menghormati orang yang berpuasa”.

Mengulas lanjut, Harith berkata, situasi berkenaan sama sekali tidak berlaku ketika zaman persekolahannya kerana masing-masing faham dan menghormati antara satu sama lain.

“Waktu saya sekolah dulu, (SMK St Johns) yang puasa tahu ada yang tak puasa, tapi kami faham je. Relax je.

“Yang tak puasa tahu ada yang puasa, lagi dia orang secara automatic respek kita (tak payah paksa) … waktu time recess dia orang pergi kantin – tak ada hal bagi kita,” katanya.

Sejak kebelakangan ini, isu murid ‘dipaksa’ berpuasa menjadi perdebatan banyak pihak serta menerima pandangan pelbagai daripada netizen sehingga ada pihak yang tampil mempertikaikan tindakan pihak sekolah berbuat demikian. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here