Pihak berkuasa Australia uji DNA mangsa

0
1
ayob khan polis johor official

LAPORAN lengkap berhubung kematian seorang lelaki dipercayai warga Malaysia di Australia yang dikaitkan dengan sindiket dadah, masih belum diterima.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata difahamkan pihak berkuasa Australia sedang membuat laporan sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ahli keluarga mangsa yang berada di Malaysia.

“Siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa Australia.

“Setakat ini kita masih menunggu laporan lengkap dari pihak sana (Australia) dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan nanti,” katanya dipetik Sinar Harian, hari ini.

Jelas Ayob Khan, pihaknya juga menunggu maklum balas dari pihak berkuasa negara berkenaan sekiranya wujud kaitan sindiket dadah di Australia dan Malaysia.

Semalam, Ayob Khan dalam kenyataan berkata, pihak berkuasa Australia telah menemui satu rangka manusia di New South Wales pada Ahad lalu yang dipercayai telah dibunuh lebih dari setahun yang lalu.

Hasil semakan mendapati mangsa dipercayai warga Malaysia berumur 25 tahun dan berasal dari Sarawak.

Ayob Khan berkata, mangsa dipercayai telah memasuki Australia pada November 2016 dengan menggunakan visa pelancong dan ditawarkan sebagai pekerja ladang oleh satu sindiket warga asing yang disyaki terlibat dengan dadah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here