Ramai mahu Ismail Sabri kekal, hanya 4 peratus mahu Najib jadi PM – Rafizi

0
2

HANYA empat peratus daripada pengundi negara ini yang mahukan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kembali memegang jawatan itu pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu didedahkan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam satu kajian yang dilakukan pihaknya membabitkan 2,500 responden setiap bulan, lapor Sinar Harian.

Rafizi menjelaskan kajian khas yang dibuat pada akhir Februari lalu itu turut mendedahkan, Najib menjadi pilihan terakhir calon Perdana Menteri pilihan rakyat berbanding lima nama tokoh politik lain.

Selain Najib, calon yang lain yang disenaraikan termasuk Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad; Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Walaupun dia (Najib) cukup yakin (Najib) dia popular, tetapi empat peratus sahaja pengundi yang rasa nak Najib kembali.

“Bahkan, Datuk Seri Ismail Sabri atau lebih dikenali DSIS merupakan individu paling tinggi menerima undian iaitu sebanyak 21 peratus,” katanya.

Rafizi berkata demikian dalam satu wawancara bersama sebuah portal berita tempatan, semalam.

Dalam pada itu, Rafizi berkata, 60 peratus responden menolak nama-nama besar tokoh politik itu yang menandakan pengundi mahu pembaharuan di dalam kepimpinan negara.

“Kajian tersebut membabitkan 2,500 responden dan diadakan pada setiap bulan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here