Polis kesan lelaki tular menari ketika tunggang motosikal

0
1
menari tunggang motosikal

POLIS sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai melakukan aksi berbahaya semasa menunggang sebuah motosikal.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, berkata lelaki itu dilihat menunggang motosikal dengan kedua-dua tangannya tidak memegang ‘handle’.

Menurut JSPT, kejadian tersebut telah tular di laman sosial dan aksi lelaki itu boleh mendatangkan risiko kemalangan bukan hanya kepada dirinya tetapi kepada pengguna jalan raya yang lain.

“JSPT telah berjaya mengesan alamat pemilik motosikal dan meminta penunggang motosikal tersebut supaya hadir ke Balai Trafik Port Dickson bagi membantu siasatan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta untuk menghubungi mana-mana Balai Polis Trafik yang berdekatan dengan kadar segera,” katanya menerusi hantaran Facebook, hari ini.

Sementara itu, JSPT menasihatkan penunggang motosikal agar sentiasa memegang ‘handle’ motosikal dengan betul.

“Ini diperincikan di bawah Kanun Lebuhraya LN 165/59 iaitu mengenai sikap, berhemah, perbuatan yang tidak berhemah, kelajuan dan lain-lain lagi demi keselamatan pengguna jalan raya,” katanya.

Terdahulu, klip video berdurasi 39 saat tular di laman TikTok yang memaparkan aksi bahaya seorang lelaki menunggang motosikal tanpa memegang kedua-dua ‘handle.

Pada masa sama, lelaki itu juga dilihat melakukan aksi seolah-oleh ingin ‘terbang’ sehingga motosikalnya tidak stabil dan terhuyung-hayang.

Difahamkan aksi tersebut dirakam oleh seorang pengguna jalan raya dipercayai di sebuah lebuh raya sekitar Port Dickson, Negeri Sembilan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here