JAIM cadang keluar notis jika bawa rokok sebelum 2 petang

0
1

AWAS! Umat Islam yang didapati membawa rokok sebelum jam 2 petang sepanjang Ramadan ini kemungkinan akan menerima notis daripada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Bagaimanapun Pengarahnya, Datuk Che Sukri Che Mat menjelaskan notis tersebut bukanlah kompaun atau denda, sebaliknya pendekatan berhemah mengekang perbuatan yang menjurus ke arah ponteng puasa, lapor Malaysia Gazette.

“Kita akan bagi notis untuk dia (pelaku) datang ke pejabat. Kita bukan nak saman dia, datang ke pejabat untuk kita beri pendekatan berhemah secara nasihat ini supaya ia tidak berulang lagi.

“Mungkin juga kita akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan negeri untuk melaksanakan tindakan ini,” katanya selepas mengetuai Operasi Plastik Hitam Bersendawa di Melaka hari ini.

Che Sukri berkata, pendekatan itu susulan pemeriksaan hari ini mendapati ramai individu membawa rokok walaupun mendakwa berpuasa dan tidak merokok ketika diperiksa.

“Bagaimanapun tindakan mereka membawa rokok dan pemetik api sebelum jam 2 petang boleh menimbulkan syak dan wajar dielakkan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here