Diva AA ‘tutup’ media sosial sepanjang Ramadan

0
1

PENGACARA kontroversi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA akan berehat daripada membuat apa-apa hantaran di platform media sosial miliknya, sepanjang Ramadan ini.

Menerusi ciapan di laman Twitter, Diva AA, 56, mengucapkan salam Ramadan kepada semua umat Islam.

Dalam hantaran itu juga, dia mengingatkan pengikutnya supaya menjalani ibadat puasa dengan baik dan jangan meninggalkan sahur.

“Assalamulaikum, salam hamba hulur tanda ingatan. Salam Ramadan 1443 Hijrah daripada truly amazing Diva AA untuk berbilion-bilion muslim di seluruh dunia khasnya great followers of Diva AA.

“Semoga Ramadan 1443 Hijrah membawa 1000 keberkatan untuk kita semua insya-Allah. Jangan lupa puasa. Jangan lupa bersahur dan jangan lupa mengembalikan nostalgia Ramadan yang lama menghilang dari kita hampir setahun lamanya.

“Cuma Diva AA nak mengingatkan pada semua bahawa media sosial Diva AA akan terhenti sepanjang Ramadan 1443 Hijrah. Ada hikmahnya. Insya-Allah. Jumpa lagi,” katanya dalam ciapan itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here