Pelik kenapa hanya serang Najib – Zamil

0
1

TIMBALAN Presiden Penyatuan Ummah Malaysia, Zamil Ibrahim menyifatkan bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mencurigakan.

Beliau berkata, ia berikutan Rafizi dilihat kerap mengaitkan beberapa isu seperti Sapura Energy Bhd dengan Datuk Seri Najib Razak, walaupun Ahli Parlimen Pekan itu bukan lagi Perdana Menteri.

“Saya mendapat perkhabaran dan risikan yang kita terima beberapa hari yang lalu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengarahkan ataupun menyuruh Rafizi Ramli menyerang Datuk Seri Najib Razak.

“Tetapi agak pelik kebelakangan ini, Rafizi Ramli menyerang hanya satu individu iaitu Najib Razak. Pelik.. sebab pemimpin negara sekarang bukan Najib, sebaliknya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Kalau kamu (Rafizi) nak serang, nak bagi formula terbaik atau formula tak masuk akal, kamu seranglah Ismail Sabri, adakah kamu nak raih populariti dalam PKR?” katanya menerusi rakaman video di Facebook.

Sehubungan itu, Zamil berkata, beliau tertanya-tanya sekiranya bukan Anwar yang memberi arahan berbuat demikian maka siapakah disebalik tindakan Rafizi ini.

Beliau turut meminta Rafizi memberi maklum balas adakah tindakannya itu berkait dengan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Jadi kalau tidak mendapat arahan atau diminta oleh Anwar.. kamu dapat arahan dari pihak mana? Saya nak nyatakan kepada Rafizi di Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga ke saat ini gagal untuk melemahkan dan melenyapkan Najib.

“Jadi, susulan itu saya difahamkan mereka mencari seseorang untuk menyerang Najib.. saya juga difahamkan orang itu.. sebelum itu saya mahu pengesahan daripada kamu (Rafizi).. mereka kata kamu budak suruhan Muhyiddin, adakah itu benar,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here