44 kematian baharu akibat Covid-19 di Malaysia

0
1
grafik

SEBANYAK 44 kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan setakat semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 34,983 sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, lapan daripada 44 kes kematian yang direkodkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Setakat tengah malam tadi, terdapat 263 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, seramai 201,420 individu atau 97.4 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 646 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sementara itu, terdapat 4,521 kes dirawat di hospital dan 267 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 164 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here