MySejahtera: PAC perlu panggil Muhyiddin bagi penjelasan

0
1

Aiman Hanif

JAWATAN Kuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) perlu menanggil bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin jika benar persetujuan untuk menyerahkan MySejahtera kepada syarikat swasta berlaku era pentadbirannya.

Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub, berkata ia penting supaya rakyat dapat mengetahui perkara sebenar mengenai isu yang mencetuskan kontroversi itu.

“Sekiranya penemuan PAC terbukti di zaman Muhyiddin maka PAC patut memanggil Muhyiddin untuk disial siasat. Kerana ketika itu dia adalah Perdana Menteri dan sebarang tindakan yang diambil oleh Menteri Kesihatan ketika itu dia bertanggungjawab.

“Sebab adalah mustahil tindakan Datuk Seri Adham Baba dan Tengku Zafrul Abdul Aziz tidak terlebih dahulu dimaklumkan kepada dia sebagai Perdana Menteri.

“Kita juga nak tahu apakah keputusan itu dibawa kepada mesyuarat Kabinet,” katanya kepada Malaysiapost.

Terdahulu petang tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan semua data dan maklumat yang diperolehi menerusi penggunaan aplikasi MySejahtera adalah hak milik penuh dan mutlak kerajaan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata sebelum aplikasi itu dilancarkan pada 20 April 2020, Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi pihak kerajaan telah memeterai Perjanjian Ketakdedahan (NDA) dengan KPISOFT Sdn Bhd pada 1 April 2020, dengan terma yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Katanya, antara terma utama yang terkandung dalam perjanjian NDA itu, termasuklah berkenaan hak milik setiap data dan maklumat yang diperolehi menerusi penggunaan MySejahtera adalah hak milik penuh dan mutlak kerajaan.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here