Cemburu motif warga emas maut dipukul

0
1

SEORANG lelaki warga emas maut dipukul di Jalan Pasar, Pudu, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu, dipercayai akibat cemburu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata pihaknya menerima laporan dari petugas di Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memaklumkan mereka menerima seorang lelaki berusia 70 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri sebagai pesakit pada 11.55 malam, Sabtu lalu.

Katanya, hasil pemeriksaan awal dilakukan mendapati lelaki berkenaan mengalami kecederaan di muka serta dada dan dimasukkan ke dalam wad untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, lelaki terbabit disahkan meninggal dunia pada jam 2.55 petang, semalam,” katanya dalam satu kenyataan.

Noor Dellhan berkata, siasatan dilakukan mendapati mangsa ditemuikan terbaring dan tidak sedarkan diri di kaki lima sebuah premis di Jalan Pasar.

“Siasatan dijalankan di lokasi kejadian mendapati lelaki berkenaan dipercayai dipukul pada jam 2 pagi, Sabtu lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, membawa kepada penahanan dua wanita warga asing pada hari sama, disyaki terbabit kes bunuh berkenaan.

“Dua suspek berusia 45 dan 49 tahun itu, katanya ditahan sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Daerah Dang Wangi antara jam 3.45 petang hingga 8.43 malam.

“Kedua-dua suspek yang ditahan itu direman tujuh hari bermula hari ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis memberi amaran keras supaya orang ramai tidak terbabit sebarang jenayah yang jelas melanggar undang-undang.

“Mereka mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222, Hotline Polis Kuala Lumpur (03-21159999) atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here