Kita tidak bergaduh dengan Umno – Idris

0
1

NAIB Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad memberi gambaran hubungan parti itu masih baik bersama Umno dalam Muafakat Nasional (MN).

Beliau secara peribadi menjelaskan tidak mempunyai masalah hubungan politik dengan mana-mana pemimpin atau ahli Umno termasuk ketika dalam mesyuarat Kabinet, mahupun berjumpa di luar, lapor Astro Awani.

“Setakat hari ini kita tidak bergaduh dengan Umno pun. Macam mana kita nak pergi ke pejabat kadi kita duduk baik dengan bini kita, elok je kan, tak ada apa.

“Saya dengan orang Umno, tidak kiralah dengan pimpinan kawasan jumpa dekat Rehat & Rawat (R&R), ditambah dalam Kabinet lagilah.

“Orang lain pun sama, macam tiada masalah sama sekali. Sebelah saya duduk di Parlimen atau dalam Dewan Negara pun sama, tiada masalah,” katanya semalam.

Beliau ditemui selepas menyampaikan bantuan kepada 21 mangsa yang rumah mereka terjejas akibat ribut di Dewan Dato Ahmad Said, Kampung Sungai Rokam, Ipoh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu mengulas kemungkinan PAS dan Umno akan mengadakan rundingan susulan terdapat dakwaan menyebut hubungan dua parti itu dingin walaupun bersama dalam MN.

Sabtu lalu, sebuah portal melaporkan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin berkata akar umbi PAS dan Umno selesa dengan MN.

Mengulas lanjut, Idris berkata, beliau kekal dengan pendiriannya untuk hubungan parti itu dengan Umno dalam MN, kekal. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here