Video tular pensyarah, KPT tuntut penjelasan UiTM 

0
1

KEMENTERIAN Pengajian Tinggi (KPT) meminta pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk menjelaskan berhubung video tular seorang pensyarahnya didakwa memperlekeh pelajar dari golongan B40. 

Menterinya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menerusi ciapan di Twitter berkata, beliau telah mengambil maklum berkenaan isu serta video yang tular tersebut. 

“Saya ambil maklum mengenai isu dan video yang tular ini. 

“Saya telah berhubung dengan pihak @uitmofficial untuk meminta penjelasan mereka,” ciapnya hari ini. 

Terdahulu, tular klip video berdurasi satu minit 45 saat yang memaparkan situasi pembelajaran dalam talian di mana seorang pensyarah wanita memarahi pelajar kerana tidak mempunyai komputer riba. 

Dalam klip itu juga, beliau memberitahu agar pelajar tersebut meminta kakaknya menggadai barang kemas untuk membeli sebuah komputer riba. 

Susulan video tular itu, pensyarah terbabit dan laman sosial UiTM diserang netizen yang meminta penjelasan dan tindakan lanjut daripada universiti berkenaan berhubung kejadian itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here