Restoran di Pavilion KL terbakar

0
1

PUSAT beli-belah terkemuka, Pavilion Kuala Lumpur dilaporkan terbakar kira-kira jam 2.10 petang tadi.

Pihak Pengurusan Pavilion menerusi kenyataan, memaklumkan insiden kebakaran itu berpunca daripada dapur di sebuah restoran yang terletak di aras satu pusat membeli-belah berkenaan.

“Api tersebut merebak dengan sangat cepat dan insiden itu sudah dilaporkan kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Bomba serta pegawai operasi dan keselamatan kami sedang menyiasat punca kebakaran tersebut berlaku.

“Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan berlaku dan operasi perniagaan berjalan seperti biasa,” menurut kenyataan itu hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video menunjukkan kepulan asap keluar dari pusat beli belah terkemuka tersebut.

Difahamkan, insiden kebakaran tersebut bermula dari dapur memangang itik di salah sebuah restoran di pusat beli belah berkenaan.

Dua jentera Bomba dengan 11 anggota dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan sekitar jam 2.12 petang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here