42,000 kenderaan masuk Malaysia setiap hari mulai 1 April

0
1
at the Plus Malaysia Bhd Media Briefing 4th Lane Widening

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menganggarkan sekurang-kurangnya 42,000 kenderaan akan memasuki Malaysia menerusi Tambak Johor dan Lebuh Raya Linkedua setiap hari, sempena pembukaan semula sempadan laluan darat, bermula 1 April ini.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan pelepasan bayaran tol di Tambak Johor dan Linkedua yang diumumkan hari ini akan memanfaatkan lebih 300,000 perjalanan rentas sempadan Malaysia-Singapura bagi pemilik kenderaan.

“Oleh itu, PLUS dengan kerjasama kerajaan Johor serta kementerian dan agensi berkaitan giat mengadakan persiapan terakhir bagi memastikan perjalanan lancar di lebuh raya bersempena dengan pembukaan semula ini.

“Ia juga termasuk persiapan di plaza-plaza tol, kawasan rehat dan semua kemudahan awam yang disediakan di Lebuhraya PLUS.

“Kerajaan mengalu-alukan kepulangan rakyat Malaysia di Singapura dan ketibaan rakyat Singapura ke Malaysia dengan pembukaan semula sempadan negara ini,” kata Perdana Menteri hari ini.

Kerajaan hari ini bersetuju memberi pengecualian bayaran tol di kedua-dua pintu masuk Malaysia dan Singapura iaitu di tambak Johor dan Lebuh Raya Linkedua sempena pembukaan semula sempadan laluan darat 1 April ini.

Pengecualian bayaran selama tujuh hari itu melibatkan tol di plaza-plaza tol Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan di kedua-dua pintu masuk sempadan negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here