Orang dikehendaki JIM

0
1

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) memohon orang ramai membantu memberikan maklumat seorang lelaki bagi tujuan perbicaraan di Mahkamah Khas Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Semenyih berhubung kes Imigresen.

Teo Chi Yih, 36, dikehendaki bagi perbicaraan membabitkan pendakwaan mengikut  Akta Imigresen 1959/63.

JIM dalam satu kenyataan, memaklumkan alamat terakhir orang yang dikehendaki itu adalah di Lot 15, Kampung Gersik Baru, Labuan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan Mohd Asri Osman, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat JIM, Putrajaya.

“Pegawai penyiasat berkenaan boleh dihubungi di talian 03-88801338 / 1163 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here