Rakyat dapat nilai cara DAP jaga orang Melayu ketika PH berkuasa – Shamsul

0
1

RAKYAT boleh menilai dan menjadi saksi pendekatan DAP terhadap orang Melayu dan bumiputera ketika Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara dahulu. 

Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, situasi pada 22 bulan itu bukan sesuatu yang menghairankan berlaku pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu baru-baru ini yang menyaksikan pemimpin Melayu dalam parti itu seperti dipinggirkan.

“Melayu terpinggir dalam Dap? Itu Melayu dalam Dap. Kerana itu bila Dap menjadi kerajaan anda sendiri boleh menilai apa yang mereka lakukan kepada Melayu dan bumiputera,” katanya di Facebook, hari ini. 

Ahli Parlimen Lenggong itu turut membangkitkan tindakan PH yang mahu menandatangani Statut Rom dan meratifikasi ICERD yang ternyata bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

“DAP yang menunjangi PH mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu telah menimbulkan pelbagai isu yang dilihat menjejaskan perpaduan dalam kalangan rakyat termasuk ancaman kepada orang Islam,” katanya. 

Pada pemilihan parti ketika Kongres Dap yang diadakan baru-baru ini menyaksikan antara 10 calon Melayu yang bertanding, hanya Young Syefura Othman terpilih dalam CEC Dap bagi sesi 2022-2025. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here