Natasha Hudson kahwin kali kelima

0
1

PELAKON Natasha Hudson selamat melangsungkan perkahwinan dengan jejaki pilihan hatinya yang dikenali dengan nama Jay Jasmin.

Menerusi hantaran di InstaStory miliknya, Natasha, 39, yang sebelum ini sudah berkahwin sebanyak empat kali berkongsi gambar sepanjang majlis pernikahannya, dilaporkan berlangsung semalam.

Ketika majlis tersebut Natasha kelihatan anggun mengenakan busana berona peach, tersenyum bahagia di samping suaminya.

Sementara itu, adik kepada Natasha iaitu Tania Hudson juga memuat naik gambar kakak dan abang iparnya yang duduk di atas pelamin menerusi hantaran InstaStroy.

Dengan ucapan ringkas, Tania mengucapkan tahniah kepada pasangan dua sejoli itu.

Sebelum ini, Natasha berkahwin dengan Mohd Faiz Mohd Raih, namun rumah tangga mereka hanya bertahan empat bulan pada 2006.

Perkahwinan bersama Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 juga tidak berpanjangan apabila hanya bertahan selama dua tahun. Hasil perkahwinan keduanya itu, Natasha dan Shahrin dikurniakan seorang anak perempuan, Neesa Helena.

Pada Oktober 2018, Natasha mengakui telah bercerai dengan bekas suaminya, Carleed Khaza yang dinikahi pada 15 April 2012 buat kali ketiga. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata, Naeema Kalila dan Faatimah.

Sekali lagi jodoh tidak panjang, menerusi perkahwinan keempat Natasha mendedahkan dia sudah bercerai dengan Noor Nashriq Sekarnor pada tahun 2019. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here