16,863 kes baharu Covid-19 semalam

0
1

ANGKA harian Covid-19 merekodkan 16,863 kes baharu semalam, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif jangkitan sebanyak 4,138,867 kes sejak virus itu melanda negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes harian yang direkodkan semalam membabitkan 16,625 kes tempatan dan 238 kes import.

“Sebanyak 8,652 kes iaitu 51.31 peratus dalam kategori 1, dan 8.111 kes atau 48.1 peratus adalah kategori 2.

“Kategori 3 mencatatkan 48 kes iaitu 0.28 peratus, kategori 4 sebanyak 29 kes dengan 0.17 peratus, manakala kategori 5 sebanyak 23 kes atau 0.14 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, daripada 100 kes kategori 3, 4 dan 5, sebanyak 30 kes iaitu 30.0 peratus tidak atau belum divaksinasi, 44 kes sudah menerima dua dos vaksin dan 54 kes sudah menerima dos penggalak.

“Manakala, 69 kes berumur 60 tahun ke atas, 63 kes mempunyai komorbid,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, terdapat pertambahan satu kluster baharu direkodkan menjadikan keseluruhan kluster setakat ini adalah 6,927 kluster dengan 6,707 kluster telah tamat dan 220 kluster masih aktif.

“Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 26,171 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,870,937 kes,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here