Sultan Johor biaya kos bina semula gerai terbakar

0
2

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan membiayai kos pembinaan semula lima lot gerai yang musnah dalam kebakaran di Felda Ulu Tebrau, Jumaat lalu.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, memaklumkan keberangkatan baginda melawat kawasan kejadian pada hari ini membawa sinaran baharu kepada peniaga-peniaga terlibat.

“Baginda Tuanku Sultan yang meluangkan hampir 30 minit bertemu mangsa-mangsa kebakaran, bertitah bahawa kos pembinaan semula gerai-gerai yang terjejas akan dibiayai oleh Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

Sultan Ibrahim Iskandar berkenan membiayai kos pembinaan semula lima lot gerai yang musnah dalam kebakaran di Felda Ulu Tebrau, Jumaat lalu.

“Titah Baginda disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan oleh peniaga-peniaga yang terjejas serta penduduk setempat,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Sultan Johor turut menitahkan wakil baginda, Mejar Cina Datuk David Wong untuk melawat lokasi kejadian serta menilai beberapa perkara bagi memulakan pembinaan semula gerai dengan segera.

“Gerai-gerai ini merupakan tempat mereka mencari rezeki demi keluarga masing-masing. Saya akan biayai sepenuhnya kos pembinaan semula gerai.

“Saya sendiri akan buat rekabentuk gerai di mana, amat selesa jika dilengkapi dengan tandas dan dapur serta pendawaian elektrik yang selamat,” titah Sultan Johor kepada Royal Press Office (RPO).

Sehubungan itu, lima peniaga yang terjejas pendapatan selepas kejadian tersebut meluahkan rasa syukur dengan kurniaan bantuan Sultan Johor.

Peniaga makanan char kway teow, Mohd Razif Amat berkata, beliau mula berniaga sejak 2014 dan ketika kejadian dia berada di rumahnya.

“Gerai ini saya sewa bersama Pertubuhan Peneroka Rancangan (PPR), namun amat sedih apabila ia musnah dalam kebakaran.

“Saya langsung tidak sangka keberangkatan DYMM Sultan Johor pada hari ini akan membawa satu khabar baik serta rezeki buat kami semua yang terjejas.

“Terima Kasih Tuanku. Patik menjunjung setinggi-tinggi kasih. Moga Tuanku Sultan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan panjang umur,” katanya.

Kejadian melibatkan tiga kedai makan, serta masing-masing sebuah kedai menjual peralatan tulis dan kedai basikal. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here