Kotak hitam kedua pesawat China Eastern ditemui

0
2

KOTAK hitam kedua pesawat China Eastern Boeing 737-800 yang mengorban 132 nyawa minggu lalu sudah ditemui, lapor media kerajaan hari ini.

Memetik abc.new, pakar mengesahkan Kotak hitam kedua daripada penerbangan China Eastern MU5735 sudah ditemui pada hari ini.

Pesawat berkenaan dilengkapi dengan dua perakam penerbangan, satu di bahagian kabin penumpang belakang bagi menjejaki data penerbangan dan satu lagi perakam suara kokpit.

Kota hitam pertama ditemui Rabu lalu dan dihantar ke Beijing untuk analisis, yang dijangka mengambil tempoh beberapa hari lagi.

Kotak hitam kedua mengandungi data seperti kelajuan, ketinggian dan arah pesawat.

Susulan penemuan kedua-dua kotak hitam, penyiasat boleh mula mengumpul bukti, bagi mengenal pasti punca pesawat berkenaan jatuh lebih 6,000 meter (20,000 kaki) dalam tempoh lebih seminit.

Beratus orang, termasuk anggota bomba, doktor dan penyiasat masih berada di lokasi tragedi bagi mengurus mayat mangsa dan serpihan pesawat.

Pesawat itu sedang bergerak di antara bandar Kunming dan Guangzhou pada Isnin, sebelum menjunam ke lereng gunung dengan 132 penumpang di dalamnya, kesemuanya terbunuh.

Punca insiden masih belum dikenal pasti.

Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) semalam, berkata semua penumpang dalam pesawat meninggal dunia dan identiti mereka juga sudah disahkan melalui ujian DNA.

Semua 123 penumpang dan sembilan anak kapal adalah warga China. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here