‘Tahniah! 6 Pemuda BN barisi EXCO Johor’ – Asyraf Wajdi

0
1

PELANTIKAN enam Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) membarisi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Johor membuktikan bahawa Umno dan BN adalah parti yang ‘walk the talk’.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Ayraf Wajdi Dusuki, berkata pelantikan itu juga sekali gus merealisasikan aspirasi anak muda untuk melibat sebuah kerajaan yang berwajah baharu, muda dan malar segar.

“Mewakili saf kepimpinan Pemuda BN, menjunjung kasih ke atas perkenan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melantik enam orang Ketua-ketua Pemuda BN sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Johor.

“Terima kasih dan penghargaan juga kepada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi kerana memberi kepercayaan dan benar-benar mencipta sejarah menampilkan majoriti anak-anak muda sebagai EXCO Kerajaan Negeri,” katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi juga menasihati semua barisan EXCO pemuda BN yang dilantik supaya menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah, berintegriti serta mengutamakan rakyat berbanding diri sendiri.

“Selain, menolak sebarang bentuk rasuah dan salah guna kuasa dan berkerjalah dengan sepenuh jiwa demi rakyat dan kecemerlangan negeri.

“Saya doakan semua sentiasa dipelihara Allah dan dikurniakan hikmah untuk melaksanakan amanah,” katanya.

Terdahulu, seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) Johor di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar, hari ini.

EXCO Johor yang mengangkat sumpah ialah Datuk Zahari Sarip (Buloh Kasap), Datuk Mohd Jafni Md Shukor (Bukit Permai), K Raven (Tenggaroh), Khairin Nisa Ismail (Serom), Mohd Hairi Mad Shah (Larkin) dan Mohd Fared Mohd Khalid (Semerah).

Turut mengangkat sumpah, Ling Tian Soon (Yong Peng), Lee Ting Han (Paloh), Mohamad Fazli Mohamad Salleh (Bukit Pasir) dan Norliza Noh (Johor Lama). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here