Bekas menteri PH dakwa pelajar asing wajib belajar bahasa Melayu sejak 2014 lagi

0
1
KUALA LUMPUR 14 NOVEMBER 2018. Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berucap pada majlis Anugerah Dengue Petrol Peringkat Kebangsaan 2018 di Aloft Hotel. NSTP/MUHD ZAABA ZAKERIA

BEKAS timbalan menteri pendidikan era Pakatan Harapan (PH) Teo Nie Ching mendakwa dasar yang mewajibkan pelajar antarabangsa mempelajari bahasa Melayu sudah wujud sejak 2014 lagi.

Menurutnya pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai dasar bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi negara ini menimbulkan tanda tanya.

“Pelajar antarabangsa memang sudahpun diwajibkan mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu Komunikasi dalam konsep Mata Pelajaran Pengajian Umum.

“Mereka juga berpeluang mempelajari Hubungan Etnik dan Tamadun Asia dan Tamadun Asia (Titas).

“Program ini telah diterapkan sejak 2014 dan dilaksanakan oleh setiap universiti tempatan yang mengambil pelajar antarabangsa,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021, 19 Mac lalu Ismail berkata kerajaan mewajibkan pelajar asing yang menuntut di negara ini untuk mengambil subjek bahasa Melayu sebagai salah satu mata pelajaran mereka.

Langkah tersebut dibuat bagi memartabatkan bahasa Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Teo mengkritik Ismail Sabri dengan mendakwa beliau seperti tidak membuat semakan terlebih dulu dengan Kementerian Pengajian Tinggi atau pun bertanyakan kepada menteri berkaitan.

“Komuniti akademik dan pelajar antarabangsa rata-rata juga terpinga-pinga mengapa perdana menteri menuntut sesuatu yang sudah pun wujud dalam mata pelajaran pengajian tinggi,” katanya.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here